Thursday, September 18, 2008

HORMON BUAT WANITA TERTARIK LELAKI SASA

Alpacino- struktur tubuh yang kecil berbanding hero2 lain

Hilary Swank - wajah kelelakian dengan rahang lebar


Daniel Craig

Natalie Portman




HORMON BUAT WANITA TERTARIK LELAKI SASA

ABERDEEN: Wanita yang mempunyai paras testosterone yang lebih tinggi lebih mudah tertarik kepada lelaki dengan penampilan gagah seperti pelakon James Bond, Danel Craig; manakala lelaki yang paras hormon itu meningkat lebih tertarik kepada wajah kewanitaan seperti aktres Natalie Portman, kata saintis.

Penyelidik di Makmal Penyelidikan Wajah Universiti Aberdeen mengadakan kajian pertama mengenai peranan testosterone dalam tarikan antara kedua-dua jantina.

Ketika kajian, lelaki dan wanita menamatkan empat sesi ujian yang diadakan selang seminggu. Dalam setiap sesi, sukarelawan menyerahkan contoh air liur yang digunakan untuk mengukur paras testosterone.

Akhbar The Independent melaporkan, penyelidik mendapati apabila diminta memilih jenis wajah yang berbeza dalam setiap sesi, tindak tanduk subjek berubah bergantung kepada paras hormon mereka.

SUMBER: BERITA HARIAN RABU 17 SEPTEMBER 2009

PS: Cemana pula kalau hormon diuji dengan wajah Alpacino dan Hillary Swank? fikir2..

12, 228 tempat KPLI ambilan Jan 2009




12,228 TEMPAT KPLI AMBILAN JAN 2009

- untuk KPLI Sekolah Rendah sepenuh masa dan KPLI j-QAF (Jawi, Quran, B Arab, Fardu Ain)
-7, 448 bagi calon sepenuh masa dan 4,780 KPLI j-QAF
-daripada 59,176 yang memohon, hanya 56,396 yang layak menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia
-calon wanita yang memohon 47,108, manakala calon lelaki 12,068
-15 bidang pengajian KPLI ditawarkan iaitu BM, BI, B.Cina, B. Tamil, matematik, Sains, KH, P.Agama Islam, Kajian Sosial, P.Jasmani, P. Seni Visual, P. Khas Masalah Pembelajaran, Pemulihan Khas, Bimbingan dan Kaunseling, serta P.Muzik.
-KPLI j-QAF pula meliputi B.Arab, Agama Islam, Pend. Khas j-QAF
-proses temuduga sedang berlangsung sehingga 25 September
-fokus temuduga: ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipohon, pengetahuan am, sahsiah sebagai pendidik, kemahiran berkomunikasi, kemantangan fikiran, dan penampilan diri.
-keutamaan kepada calon yang mempunyai ijazah khusus dengan opsyen pengajian yang dipohon
-keputusan boleh disemak mulai 24 Dis 2008 dan dijadualkan mendaftar kemasukan pada 12 Jan 2009.

Sumber: BERITA HARIAN, RABU 17 SEPTEMBER 2008.

PS: Maklumat lanjut berkaitan tips-tips MTEST dll boleh didapati di blog http://batagolek.tripod.com/kpli2006

Tuesday, September 16, 2008

Pengumuman bukan karya asal

Diumumkan bahawa setiap penemuan dan anekdot yang tertera di sini bukan karya asal saya, ianya adalah penemuan dan anekdot yang ditemui di merata-rata, dari merata-rata sumber. Tujuan laman ini dibina adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.

siku tidak boleh menyentuh telinga

Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku

Thursday, September 11, 2008

Kesan Zikir terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.